Elvis Costello

Elvis Costello (lahir di London, United Kingdom, 25 Ogos 1954; umur 65 tahun) dengan nama Declan Patrick MacManus ialah seorang ahli muzik, penyanyi dan pengarang lagu berwarganegara England berketurunan Ireland. Beberapa sumber menyatakan bahawa nama lengkapnya ialah Declan Patrick Aloysius MacManus, tetapi Aloysius bukanlah nama yang diberikan kepadanya masa kelahirannya, melainkan ditambahkan beberapa tahun kemudian.Costello sejak lama muncul di pentas rock pub London pada pertengahan tahun 1970-an, dan kebelakangan berkaitan dengan genre muzik rock punk dan New Wave, sebelum akhirnya mendapatkan pengakuan sebagai penyanyi unik dan original pada tahun 1980-an. Hasil karyanya mempunyai pelbagai jenis -- seorang pengkritik menulis bahawa "Costello, seorang penyanyi pop, dapat menciptakan kembali masa lalunya sesuai dengan gayanya tersendiri."[1]